Saturday 26 August 2017

FINAL YEAR PROJECT 2

Assalamualaikum semua. 
Bertemu kembali kita. Hari ni nak cerita yang kami dah final year sebagai student animasi di UNIKL MIIT, pejam celik pejam celik dan masuk tahun akhir rasa macam baru je masuk Universiti.
Sekarang ni kami dah masuk semester 7, semester ni kami tak banyak subjek cuma ambil 3 subjek sahaja, subject paling penting iaitu Final Year Project 2. Subjek ni kami dikehendaki
menghasilkan satu animasi pendek berdurasi 3 minit.

Saya telah memilih animasi 3D sebagai animasi yang perlu dihasilkan dalam Final Year Project 2 ni, bila dah start final year project semua benda kita kene buat dari awal sampai habis, dari modelling chacracter sampai la ke final editing. Satu perkara yang sangat perlu kesabaran dalam animasi 3D ialah masa yang di ambil semasa proses rendering dan animate character. Masa rendering sangat banyak mengambil masa yang lama lagi-lagi dengan scene animasi yang menggunakan banyak lighting dan penggunaan prop dan shadow.

 Proses rendering mengambil 2 jam untuk satu scene

Habis satu lab kami semua guna untuk proses rendering, satu pelajar menggunakan lima komputer 
untuk mempercepatkan proses rendering. Bukan sahaja proses rendering mengambil masa yang lama malah proses animate juga mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan timing yang betul untuk menampakkan pergerakan character lancar.

Proses modelling character 

Saya mengambil masa dalam 2 hari untuk menyiapkan full body character, untuk menyiapkan semua sekali saya mengambil masa dalam tiga atau 4 hari. Proses paling rumit dalam menghasilkan character semasa proses skinning. Proses skinning sangat rumit kerana memerlukan kami untuk betul-betul boleh mengerakkan character.

Sampai kat sini untuk entry ini, nnti saya akan update lagi perkembangan Final Year Project kami ye, so nntikan ye.


No comments:

Post a Comment